Saturday, April 9, 2011

Panduan Mendidik Anak


Hai kawan-kawan semua....berjumpa lg....ini ada sebuah ebook mengenai panduan memdidik anak. E-book ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui cara bagaimana untuk memdidik anak-anak.
seperti yang kita ketahui.....Anak-anak adalah merupakan salah satu anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu & Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak.

Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar, bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa mendidik & mencorakkan kehidupan anak mereka.

Bukan sahaja ibu bapa tapi para guru juga perlu tahu bagaimana mahu mendidik anak- anak murid kerana di sekolah anak-anak murid juga merupakan anak-anak kita. Mereka adalah pemimpin yang perlu kita didik dan jaga agar masa depan mereka cerah....

Jadi dalam e-book ini akan menerangkan serba sedikit tentang pekara yang perlu kita ketahui tentang anak-anak. Iaitu dari segi fizikal dan mental anak-anak, tentang keperibadian anak-anak dan banyak lagi yang mungkin boleh dijadikan tip-tip yang berguna untuk mendidik anak-anak.

Jadi bagi siapa yang berminat untuk mendapatkan e-book ini boleh lah klik link ini E-book Panduan Mendidik Anak. Anda boleh juga melawat ke page Galeri E-book.

Jadi selamat membaca.....

No comments: