Sunday, May 29, 2011

Saya Mahu Lost World of Tambun Ipoh White Coffee dari Eyriqazz.Com

Assalamualaikum semua....

Selamat petang semua....yana td buat blog walking ke blog Saudara Eyriqazz. com

semasa blog walking...yana terbaca satu entri tentang contest yang di buat oleh saudara eyriqazz.

jadi teringin lak nak join....heheheh

mane lah tahu kalu bertuah Dapat White Coffee......


Syarat nye senang je kena buat entri dan jawap slogan nye....

Slogan yana untuk contest ini ialah....

"Saya Mahu Lost World of Tambun Ipoh White Coffee dari Eyriqazz.Com kerana saya ingin mencuba rasa kopi yang baru yang mungkin mempunyai khasiatnya yang tersendiri serta aroma nya yang menyegarkan mata. Yang penting ia nya dijamin Halal...."

Jadi bagi kawan-kawan yang ingin menyertai boleh lah klik link ini.....


Tarikh tutup: 6 June 2011

Saturday, May 28, 2011

Jom Join Bloglist Jamaluddin.net

Assalamualaikum Semua....

Tadi yana blogwalking kat blog saudara Jamal....



Die ada buat entri tentang pencarian blog untuk dijadikan bloglist saudara Jamal...

Ini pulak kedua kali yana join segmen mcm nie....jadi tak sabar- sabar nak buat entri untuk Jom Join Bloglist Saudara Jamal...harap-harap terpilih lah....

Tujuan yana join Bloglist Jamaluddin.net nie...sebenarnya untuk menambahbanyak lagi kenalan blog yana....sbb yana suka bertukar-tukar pendapat dan juga sukar mencuba benda yang baru....

Kenapa Saudara Jamal patut pilih yana untuk menang kerana yana tak kisah sama ada menang ke tidak janji yana dapat mengasah bakat yana dalam penulisan blog....semakin hari yana semakin seronok menulis dalam blog dan mengikut aktiviti yang kawan-kawan blog yana buat....

Yana juga boleh menimba pengalaman dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan yana...

Jadi bagi kawan-kawan yana yang berminat untuk join Bloglist Jamaluddin.net boleh lah klik link ini....


Selamat berblog.....heheheh

Friday, May 27, 2011

Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris

Assalamualaikum semua....

Entri kali nie yana nak kongsikan Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris buat kawan-kawan semua....

Yana tahu ramai diantara kita takut bila berkomunikasi di dalam bahasa inggeris....

Alasan yang kita beri Takut Broken English.....heheheh

Dulu yana pun macam tu gak....itu lah yang yana paling takut bila tiba subject bahasa inggeris....

Tapi bila Guru yana memberi tahu...."Bila kita takut mencuba kita akan rugi....Tapi bila kita cuba walaupun salah kita tetap boleh memperbaiki nya....Tak Salah kita mencuba....

Dan sekarang berkat dari nasihat itu...yana berjaya menjadi seorang Guru Bahasa Inggeris.....Kerana mencuba yana berjaya....alhamdulilah...


Ha sekarang yana nak kongsikan sedikit tentang buku ini....
Dalam Buku ini Terdapat beberapa strategi yang diperlukan untuk menguasai BAHASA INGGERIS.
  • 3 strategi untuk menguasai bahasa Inggeris.
  • Persiapan-persiapan penting yang perlu dilakukan sebelum belajar bahasa Inggeris.
  • 3 tip mudah untuk memahami tulisan-tulisan berbahasa Inggeris.
  • 3 tip mudah bagaimana hendak menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super! 
  • Beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan anda terhadap perkataan yang anda hafal.
  • Panduan memilih kamus yang baik untuk menguasai bahasa Inggeris
  • 5 syarat untuk mahir BERKOMUNIKASI dalam bahasa Inggeris.
  • Teknik membina KEYAKINAN DIRI semasa ingin bercakap bahasa Inggeris.
  • Cara bagaimana anda boleh bercakap bahasa Inggeris secara spontan tanpa berfikir terlebih dahulu.
  • Ajaran-ajaran songsang guru-guru Bahasa Inggeris anda di sekolah dalam menguasai   KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS!
Jadi bagi kawan-kawan yang berminat boleh lah mendapatkan nya dilaman web ini....


Jadi selamat membaca....dan selamat berblog...heheheh

Rahsia Memikat Hati Seorang Lelaki.....Terbongkar....




Assalamualaikum kawan-kawan yana semua,

Hai, apa khabar kawan-kawan pada hari ini? Diharap semua tabah dan sabar menghadapi dugaan dan rintangan dalam kehidupan seharian. Jangan sedih-sedih dan sentiasa berfikiran positif selalu ya !

Oh ya, hari ini yana nak berkongsi sedikit maklumat bersama semua. Tahukah kawan-kawan semua apakah sifat-sifat wanita yang kurang digemari oleh golongan lelaki? Mungkin selama ini kita sebagai wanita kurang menyedari akan perkara-perkara yang kurang disenangi oleh mereka, tapi tak mengapa hari ini kita akan mengkaji dan renungkan bersama ya apakah rahsia hati seorang lelaki....

3 Sifat Wanita Yang Dibenci Lelaki. Sifat pertama ialah cemburu....

1) Cemburu

Hmm, bukankah cemburu itu tanda sayang kepada pasangan? Kalau tak cemburu langsung dikatakan tak ada perasaan pula. Tidak salah kalau ada sedikit perasaan cemburu namun ia haruslah berpada-pada. Cemburu berlebihan akan membuatkan lelaki berasa rimas kerana sedikit sebanyak menunjukkan bahawa anda tidak yakin terhadap kejujurannya. Jujur dan saling bertolak ansur itu merupakan elemen penting dalam sesebuah perhubungan ! So macam mana pandangan kawan- kawan semua.....adakah kawan-kawan cepat cemburu atau tak kisah je dengan ape yang orang tersayang buat...heheh...tapi pada diri yana...yana ada gak perasaan cemburu dengan insan tersayang...heheheh...biasalah lumrah duniakn...perasaan itu satu yang sukar diduga....tapi yang penting yana tahu orang yang yana sayang jujur pada diri nya...dan yana pun akan jujur pada diri yana....

Ok sifat kedua pula ialah Materialistik.....


2) Materialistik

Wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang, lelaki pula dikatakan suka kepada wanita kerana seks? Benarkah? Tepuk dada, tanya selera. Banyak sebab mengapa wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang. Pada wanita mereka mungkin inginkan pasangan yang stabil dari segi kewangan demi masa depan mereka. Wang tidak menjamin kebahagiaan 100 peratus namun tanpa wang, cinta boleh berantakan. Sebagai wanita moden masa kini, berdikari itu lebih nikmatnya daripada mengharapkan pasangan anda sahaja.

Sifat yang ketiga ialah suka mengongkong....

3) Suka mengongkong

Seperti wanita, lelaki juga perlukan masa untuk diri mereka sendiri, keluarga serta rakan-rakannya. Wanita yang suka berkepit 24 jam dengan pasangannya kadangkala merimaskan mereka. Tidak salah untuk mengetahui aktiviti pasangan anda namun sikap anda yang terlalu ‘mengambil berat’ bakal memakan diri sendiri.

Ha, kawan sudah tahu apa yang dibenci oleh kaum lelaki bukan? Jadi, apa tunggu lagi, kikis semua sifat yang negatif itu. Kemudian, serlahkan aura positif kawan kepadanya supaya si dia terpikat. tapi jang sampai berlakon pulak ye....yana ingat kn kepada kawan-kawan dalam hubungan kita perlu ikhlas....jangan dihadapan orang tersayang kita buat benda yang dia suka tp di belakang nya pula kita buat benda yang tidak dia sukai....jadi lah diri kawan-kawan sendiri jangan jadi diri orang ....jangan berubah kerana mahu nampak sempurna dihadapannya...kerana ia nya tak akan kekal lama......jadi bagi kawan-kawan yang ingin mengetahui ciri-ciri wanita yang disukai lelaki, anda semua boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui ebook Rahsia Hati ini. Pasti selepas ini, si dia terpegun dengan keperibadian anda yang menawan hati dan perasaannya!

Sekian, dari yana kita berjumpa lagi...selamat mencuba....

Saturday, May 14, 2011

TIP PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA MeDSI......BUAT BAKAL GURU

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

Hai kawan-kawan Yana pasti kawan-kawan sekalian pernah mendengar lagu ini berkumandang di radio dan televisionkan pada setiap tahun pada 16 Mei....hari ini adalah hari yang amat mengembirakan buat Guru Seluruh Malaysia....Jasa guru patut kita kenang kerana tanpa guru siapalah kita pada hari ini...

Hari ini Yana pun berasa gembira dapat bersama-sama anak murid yana meyambut hari Guru peringkat sekolah....Tahun ini masuk tahun kedua yana bergelar seorang Guru....walaupun rasa macam tak percaya....tapi itu lah hakikatnya....Yana bergelar Cikgu....cita-cita yana sedari kecil akhirnya tercapai jua....

Bila lagu ini berkumandang amat terkesan dihati yana...apa tidak nya lagu ini memberi maksud yang dalam kepada yana.....selama ini kita sebagai seorang pelajar memandang remeh apa yang di ajar oleh guru...tapi sekarang apabila kita yang berada di tempat guru kita....maka kita pula merasa apa yang telah bekas-bekas guru kita rasai...

Klu yana nak ceritakan mesti panjang je post yana nie nant....Jadi yana berbalik kepada tujuan asal yana....yana ingin mmemperkenal kan satu panduan untuk kawan-kawan yang ingin memjadi seorang guru seperti yana....Disini ada PANDUAN DPLI......

PANDUAN DPLI UNTUK BAKAL GURU


Dalam Panduan ini terdapat pelbagai modul yang boleh anda ikuti tip-tip yang diberi....Kalau dulu masa yana ingin menghadiri ujian untuk menjadi guru tidak ada sesiapa yang boleh bagi tip-tip berguna kepada yana....tapi sekarang yana ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang tip dan panduan yang boleh membantu kawan-kawan. Sekiranya kawan-kawan berminat boleh dapatkan nya dengan Klik Disini!!!!!

Jadi SELAMAT MENCUBA....KEPADA BAKAL GURU.....

KPLI 2009
DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA RAKAN-RAKAN YANA YANG TELAH BERGELAR GURU.....SERTA SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU YANG MENDIDIK YANA SEHINGGA YANA MENCAPAI CITA-CITA YANA BERGELAR SEORANG PENDIDIK KEPADA ANAK MURID YANA SEKARANG....DAN KEPADA RAKAN SEKERJA YANA SERTA RAKAN-RAKAN SATU MAKTAB YANA IAITU 
KPLI  JANUARI - 2009 MIRI SARAWAK....
SELAMAT HARI GURU.......
LOVE ALL OF YOU GUY.....

P/s Panduan DPLI ini boleh didapati di Galeri E-book.



Tuesday, May 10, 2011

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru


Assalamualaikum w.b.t...
Hai kawan-kawan, yana baru lepas blog walking ke blog Saudara Aried. Kat sana yana ada terbaca Segmen khas ar-rifke.com. Ini first time yana join segmen nie....heheh...meh yana jawab 4 soalan dari segment ini: 
1) Berapa lama dah blogging.
= Terlibat dalam blog dah 3 tahun dan 
2) Kenapa suka blogging.
= yana suka blog kerana dapat berkongsi minat dan pendapat serta pengalaman bersama rakan-rakan blog.
3) Blog kamu mengenai apa.
= yana ada 3 blog yang berlainan satu blog peribad, satu blog lagi mengenai e-book dan bahan ilmu yang lain dan satu blog lagi mengenai kraft dan hasil seni yang yana buat.
4) Harapan dalam dunia blogging
= Harapan yana dalam dunia blogging ialah semoga dengan ada nya blog kita boleh mengeratkan silaturahim antara blogger-blogger serta dalam nertukar-tukar pendapat.

Jadi bagi kawan-kawan lain yang nak join...meh klik sini.
selamat mencuba dan selamat berblog

Sunday, May 8, 2011

Info Terbaru....Perlu Baca bagi semua Blogger...yang mendaftar dengan NUFFNANG...



Hai kawan-kawan yana nak kongsi sikit info dari seorang kawan blog yana....Saudara Jamal tentang Click Fraud Notice From Nuffnang....Kawan-kawan boleh baca info ini dengan klik ....link post Saudara Jamal disini 


Jadi janganlah melakukan sesuatu seperti itu kerana mungkin ianya akan membuatkan kita sendiri yang rugi...ok berjumpa lagi ...selamat berblog....




Saturday, May 7, 2011

Terima Kasih Nuffnang....Rasa tak percaya...



Mula-mula tu tak tahu kenapa teringin sangat nak tgk web Nuffnang....Walaupun amat sibuk untuk uruskan hal-hal di sekolah....tapi diluang kan masa gak untuk buka web Nuffnang....rupa-rupa nya ada kejutan....saya mendapat income dari Nuffnang yang pertama....walaupun hanya dengan jumlah yang sedikit....tapi saya rasa gembira sangat akhirnya usaha saya berbaloi...

Buktinya saya dapat income pertama....

Syukur usaha selama ini berbaloi....Terima kasih Nuffnang...
Ini akan memberi lebih lagi semangat saya untuk terus berusahan dan setia bersama NUFFNANG.....Terima Kasih sekali lagi Nuffnang....

Friday, May 6, 2011

Kini Business Internet Sepantas 5 minit....Tak percaya....

EdyMart




Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Bertemu lagi kita disini. Untuk pengetahuan kawan2 saya ingin berkongsikan info yang berguna untuk kawan2 semua. Baru-baru nie saya mula berjinak-jinak serta menyertai Edy Marketing iaitu sebuah komuniti usahawan. Edy Marketing adalah satu komuniti yang melahirkan usahawan secara offline dan online. Visi Edy Marketing ialah untuk menwujudkan usahawan yang maju dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mula-mula saya amat ragu-ragu untuk menyertai Edy Marketing ini kerana kurang memahami konsep yang ditunjukkan oleh Team EdyMart . Jadi untuk mengetahui lebih lanjut saya memberanikan diri untuk bertanya sendiri kepada Pengurus EdyMart iaitu Encik Shamsurizam. Encik Shamsurizam menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana konsep Edy Marketing dijalankan. Dari situ saya mula memahami konsep prasarana perniagaan internet di Edy Marketing. Ia amat mudah bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. 


Seperti yang diterangkan oleh Encik Shamsurizam, EdyMart adalah singkatan dari Easy Do Your Marketing and Relationship Together. Di mana dalam Komuniti EdyMart para usahawan dapat berniaga secara offline dan online serta menjalinkan hubungan yang erat bersama-sama usahawan yang lain. Dengan kata lain, sambil berniaga kita dapat mengeratkan silaturahim sesama usahawan bagi bertukar-tukar pendapat dan juga pandangan untuk memajukan perniagaan kita bersama dalam Edy Marketing. 

Setelah saya menjadi ahli dalam Komuniti EdyMart, saya memberanikan diri untuk menjadi pengedar Edy Marketing. Sebelum menjadi pengedar Edy Marketing saya membaca lebih lanjut cara-cara menjadi pengedar. Ianya amat mudah, seorang pengedar tidak perlu menyimpan segala stok-stok produk. Tapi hanya mempromosikan produk kepada para pembeli secara offline ataupun online. Para pengedar boleh mempromosikan barangan yang terdapat di Edy Marketing di laman sosial seperti facebook, fanpage di facebook, email dan juga forum .Selain itu sebagai pengedar Edy Marketing, boleh juga menjalankan promosi secara offline kepada pembeli dan pemborong dikedai-kedai. 

Di Edy Marketing juga pengedar boleh menjalankan perniagaan secara dropship iaitu kita mempromosikan produk kepada potential buyer kita tanpa menyimpan produk tersebut, bila ada pembeli kita hanya mengambil tempahan dan pihak Edy Marketing akan menghantar tempahan tersebut kepada pembeli. Jadi kita tidak perlu risau tetang kos penghantaran. Perniagaan secara dropship ini amat mudah dan hanya perlu modal yang sedikit sebagai pengedar. Kini perniagaan secara dropship ini telah Team EdyMart terapkan ke dalam kedai online yang baru-baru ini dilancarkan oleh Encik Shamsurizam. Kedai online ini dikenali sabagai EdyCart dimana pengedar hanya mempromosikan link shopping cart mereka secara online dan offline. Di kedai online ini pembeli akan membuat tempahan dan pihak Edy Marketing akan menguruskan tempahan tersebut secara online.


Ianya amat mudahkan, tidak perlu stok barangan, tidak perlu risau tentang kos penghantaran, tetapi hanya memerlukan modal yang sedikit dan hanya perlu membuat promosi....promosi...dan terus promosi.....Pihak Edy Marketing juga ada menyediakan personal coaching mengenai perniagaan internet secara mudah kepada para pengedar. Selain itu ada juga forum di blog Komuniti EdyMart untuk para usahawan bertukar-tukar pandangan dan pendapat sesama sendiri.

Kini saya bersyukur sebagai pengedar Edymart, banyak yang saya pelajari untuk jadi seorang usahawan walaupun secara part time. Ilmu yang ada ini amat berguna untuk saya kongsikan bersama-sama kawan-kawan sekalian. Insyallah dengan usaha kita boleh berjaya bersama-sama kerana Edy Merketing adalah untuk kita bersama. Amin...