Monday, April 18, 2011

IKUTILAH RAHSIA MEMIKAT HATI LELAKI TERBONGKAR......








Perhatian kepada semua golongan WANITA yang..

MASIH LAGI TERCARI-CARI "LELAKI IDAMAN" DI DALAM HIDUP Anda?

Atau pun..

SUDAH JUMPA! TETAPI MALANGNYA, "MR. RIGHT" ANDA ITU, TIDAK MENYEDARI KEWUJUDAN ANDA?

USAH RISAU, KETAHUI RAHSIA MEMIKAT HATI LELAKI IDAMAN anda DISINI!!

Assalamualaikum kawan-kawan yana sekalian....

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa yana meletakkan perkataan diatas nie sebesar-besar mungkin....heheheh...klu boleh yana nak letak besar-besar lagi......tapi apa boleh buat ini dah cukup besar...heheheh....

Oh ya kawan-kawan masih ingat kan tentang review yana minggu lepas mengenai cara pengurusan kewangan bagi pasangan yang ingin berkahwin.... Haaa...hari ini yana nak kongsikan kan pula tentang rahsia memikat hati MR. RIGHT kawan-kawan....Kalau Mr.Right tak ada tak jadi gak majlis perkahwinan kawan-kawan...Betul tak? 

Jadi sebelum kawan-kawan sekalian buat planning nak kahwin....tup...tup tak ada lak orang yang akan duduk sebelah kat pelamin nanti....tak pasal-pasal pulak jadi macam lagu azie "pelamin angan ku musnah"...hehehe..... 

So, kawan-kawan apa tunggu lagi jom kita cari MR. Right kita...heheheh....Yana tahu sememangnya, bukanlah mudah untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar memenuhi semua kriteria idaman kita pada hari ini amat payahkan.....Hmmmmm... mahu tak lagi kriteria kita yang panjang nya berjela-jela....lagi lah payah....

Ada sesetengah kriteria lelaki tu, hensem, tetapi perangai agak kebudak-budakan. Tak sesuai pulak dengan kita.....Ada sesetengah tu pulak, macho dan sentiasa bergaya, ala...ala model lah kata kan...tetapi apabila keluar berjalan bersama dari petang sampai ke malam, tak pernah pula nampak dia singgah di surau atau masjid. Ini pun payah juga kan? Kita sebagai wanita nak lah yang boleh membimbing kita dunia akhirat...betul tak kawan-kawan.....(bagi yang lelaki jangan marah ye...yana hanya menyatakan pandangan yana sebagai perempuan).....


Haa...Mesti kawan-kawan tak nak main terima je semua tu bulat-bulat kan? Nak hidup bersama dan berumahtangga nie bukannya untuk sehari atau seminggu-dua, kalau boleh, mahu selama-lamanya. Jadi, kenalah pilih betul-betul , kalau tersilap pilih, boleh merana jiwa dan lara. 

Tetapi, masalahnya sekarang, disebabkan pilih punya pilih punya pilih, umur pun dah nak jejak kategori "andartu"....hai nie yang buat ke"panas"an telinga tak payah nak cakaplah.. asal balik kampung je, lebih-lebih lagi masa hari raya, mak ayah, sedara-mara, kawan-kawan, tak sudah-sudah bertanya.. "Bila nak kahwin?.. bila lak ko nie nak ada suami nie?.....bila lah ko nie nak nikah cu oiiii, opah teringin nak tgk cicit opah".. "Haishhh!" sampai macam tu sekali kita kena....

Hai..... memang panas gak gegendang telinga kita mendengar pertanyaan dari telinga kanan ke telinga kiri...heheheh...jawapan yang kita boleh beri " belum jodoh lagi opah...belum jumpa yang sesuai...belum ada yang sudi....belum sampai seru, tunggu lah seru nya sampai....." itu lah yang jadi jawapan dari mulut kita kan....mesti ada kawan-kawan yang pernah alami nasib macam nie....Yang buat lagi tak tahan, sampai makcik jiran kampung sebelah pun tumpang sekaki bertanya..hahahahha... kalau makcik sebelah rumah tu takperlah lagi.. ini kampung sebelah ni.. isk! isk! Malu....malunya....nak taruh kat mana ya muka....Klu ada topeng ultraman tu ....mahu- mahu kita pakai....heheheh

Ya lah kan kalau ikutkan hati kita.. esok juga kita nak kahwin? Tapi masalahnya.. sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi calon yang sesuai!. Sudah pupus ke "pria-pria terhebat" di dunia ini, cukuplah kalau dapat jumpa seorang lelaki yang kacak, baik hati, sopan-santun, beriman dan juga "kaya!"... he he!. (tak lepas tu untuk menjamin masa depan....heheheh) Tak pedulilah kalau orang nak kata "awak ni mata duitanlah..", apa yang pasti, ianya adalah salah satu faktor yang agak penting juga untuk memastikan kehidupan berumahtangga nanti lebih terjamin. Betul tak?   hahahah...mesti betul punya lah....tapi bagaimana cara nya ya untuk memikat pria- pria terhebat tu .... Hmmm...

Ya! Semua ini akan menjadi realiti apabila kawan-kawan tahu, bagaimana untuk memikat hati lelaki idaman anda....entah- entah yang satu office yang jadi suami....yang rumah sebelah ke yang jadi suami....yang kat tempat belajar ke yang jadi suami...atau pun yang selalu je tolong angkat barang yang jadi suami....heheheh.....semua tu bakal-bakal jodoh kita....

Jadi apa tunggu lagi kawan-kawan boleh lah merujuk dan mendapatkan e-book RAHSIA HATI ....ebook yang akan membongkarkan segala-galanya tentang hati lelaki. E-book ini akan menunjukkan kawan-kawan "Bagaimana mengenalpasti pasangan yang berpotensi untuk dijadikan pasangan hidup?", dan juga cara, "Bagaimana untuk menawan dan memenangi hati mereka dengan mudah?". E-BOOK ini juga boleh didapati di page  GALERI E-BOOK


Rahsia Hati



Jadi yana mengucapkan selamat mencuba......Semoga Kawan-kawan Berjumpa dengan MR. RIGHT....Amin....







3 comments:

Unknown said...

alhamdulilah...syukur...semoga berbahagia ye tira...

ZAIDAHTUL AKMAL said...

hai yana..thankz coz selalu ikut perkembangan tau... ha ah, dia mcm churp2, tapi iklan dia jgn letak kat nuffnang tau...sebab dia pesaing nuffnang , letak kat FB ngan twitter jer tau...

PinKy MoMMa said...

pinky folo sini ;)
wahhh mcm dr love la kamu..gud entry ;)
eppy blogging ya..