Showing posts with label E-book. Show all posts
Showing posts with label E-book. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

How to Lose 5kg in 5 weeks......

Hai semua lama dah yana tak update blog nie....biasa lah tengah mencari info dan ebook tebaru yang boleh yana kongsikan dengan rakan semua....


Oh ya kali ini yan nak kongsikan tentang bagaimana nak kurangkan berat badan 5 kg dalam 5 minggu...



Mesti kawan-kawan semua kenal dengan Pakar kesihatan kita iaitu Saudara Kevin Zahri. Beliau ada menerangkan tentang bagaimana hendak menurunkan berat badan secara sihat.



Kalau kawan-kawan ingin megetahui lebih lanjut....boleh mendapatkan e-book ini.




 


Telah banyak yang mencuba dan menampakan hasil nya.....tapi kena kuat semamgat....dan terus berusaha .....insyallah anda boleh berjaya....

E-book ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Jom apa tunggu lagi.....







nota kaki
Kevin Zahri, How to lose 5kg in 5 weeks, Panduan kurangkan 5kg dalam 5 minggu, E-book Kevin Zahri, weight, lose weight, kurangkan berat badan

Sunday, October 14, 2012

Rahsia Usahawan Emas

Assalamualaikum.... Hari ini yana nak memperkenal kan E-book ini.... Bagi yang berminat nak Jadi Perniaga atau pun Usahawan Emas boleh lah mendapat kan ilmu dari ebook ini... klik je kat banner kat bawah ye....
Saya pasti, ebook ini akan dapat membantu anda di dalam meningkatkan lagi hasil jualan anda sebagai pengedar , peniaga ataupun usahawan emas.

Friday, December 9, 2011

E-book Rahsia Arnab 。◕‿◕。

Assalamualaikum semua...

。◕‿◕。

Anda kenal haiwan ini????????

Ya pasti anda semua kenal dan rakan2 blogger yana pun pasti kenal haiwan yang cute dan comel ini....Ini lah arnab....Haiwan yang sedap mata memandang tapi sukar untuk menjaga nya...

Berapa ramai diantara kita yang suka memelihara aranb????....

Tentu ramai yang tertarik untuk memelihara arnab ini bukan....tapi kita risau bagaimana ingin menjaga haiwan yang comel ini....Kalau silap cara menjaga nya. haiwan ini akan cepat kotor dan mudah sakit...tengok sahaja bulu nya yang putih tu...hehhe....kalau kita tak menjaga nya dengan cara yang betul pasti bulu yang putih itu akan bertukar menjadi kekuningan bukan ....Adakan kawan2 mahu ianya menjadi bergitu?....Pasti tidak bukan....jadi disini yana nak kongsikan satu E-book yang boleh mambantu anda dengan panduan dan tips memelihara dan menjaga Arnab...iaitu ...




E-Book Rahsia Arnab

Di dalam ebook ini, terdapat pelbagai tips dan panduan serta info tentang arnab dan bagaimana memeliharanya, dan bagaimana menternaknya. Antara info menarik yang terdapat di dalam ebook ini adalah seperti.

# Jenis-jenis arnab yang biasa dan yang popular
# Teknik memilih arnab peliharaan
# Mengetahui arnab jenis pedaging atau sebagai haiwan kesayangan
# Vaksin serta ubat-ubat yang diperlukan oleh arnab
# Putaran kehidupan arnab daripada kecil sehingga dewasa
# Pemakanan arnab yang sesuai dan ekonomi
# Masalah-masalah, jangkitan dan penyakit yang mungkin dihadapi oleh arnab dan cara bagaimana mengatasinya
# Sikap serta kelakuan pelik arnab yang perlu anda fahami
# Hubungan arnab dari segi kesihatan dan kebaikan kepada manusia
# Masa depan pasaran arnab
# Panduan mengurus dan menghias arnab kesayangan anda dan pelbagai lagi info menarik berkaitan aranb yang pastinya akan membuatkan anda teruja.

Jadi sekiranya ada diantara kawan2 yang berminat untuk memelihara arnab dan mungkin mahu menjadi penternak arnab....ebook ini boleh dijadikan panduan untuk kawan2...
Sekiranya berminat bolehlah klik banner kat bawah ye....。◕‿◕。


So selamat mencuba...

#ILMU ITU PELITA HIDUP#
。◕‿◕。





Nota Kaki:
Rahsia Arnab, Panduan Asas Memelihara Arnab, E-book Rahsia Arnab, Arnab, Haiwan Comel, Cute Rabbit


Wednesday, November 9, 2011

Apa itu Herba?

Assalamualaikum semua....

Ok mungkin pernah rakan-rakan semua mendengar ayat-ayat ini dibawahkan....

"Kenapalah semak-samun sangat umah kamu nie....kenapa tak buang n potong je rumput2 tu....buat semak mata memandang je"....hehhehehe...itu lah yang kita selalu dengar bila rumput atau lalang kat umah kite panjang sangat....Pasti ada suara-sauara yang menasihatkan kita untuk memotong rumput dan lalang tersebut....betul tak hehehhe...mesti betul kan....kan...kan....

Mesti kita dengan rajin nya mengambil parang ataupun sabit pergi memotong segala rumput dan lalang tersebutkan....Yana pun pernah gak buat macam tu dulu...bila dengar org dah membebel....sebelum kena marah terus je g potong rumput kat depan umah tu.....masa tu belum sedar lg kepentingan-kepentingan yang ada heheheheh....masa-masa nie sebelum g potong rumput tgk dulu rumput apa yang yana potong tu...hehehhe....kawan2 nak tahu sebab apa yana tgk dulu rumput apa yang yana potong.....

Sebenar nya yana takut yana terpotong rumput dan pokok-pokok nie......

v
v
v
v
v

Misai Kucing

dan pokok ini

v
v
v
v
v

Pokok Mengkudu

Pokok diatas adalah pokok yang amat berguna buat kita semua....ianya satu jenis Herba yang mempunyai banyak Khasiat...Klu kawan2  nak tahu terlalu banyak sudah produk yang dihasilkan daripada herba diatas seperti Teh Herba Misai Kucing, Teh Herba Mascotek dan misai kucing , Jus mengkudu, Teh mengkudu dan banyak lagi herba yang boleh dijadikan produk kesihatan kerana seperti yang kita ketahui, Negara kita Malaysia ini ada lebih kurang 13,000 species herba tetapi yang baru nak dikomersilkan dan dikenali hanyalah dalam 300 lebih sahaja ....seperti pegega, pucuk jagus, kacip fatimah, tongkat ali, mas cotek, petai, lidah buaya, mulberi dan macam-macam lagi...

Jadi sekiranya kawan2 semua berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai herba nie yana boleh tunjukkan satu E-book yang berguna untuk kawan2 semua ini mengenai khasiat herba....Tajuk E-book  tersebut ialah RAHSIA HERBA


e-BOOK ini ditulis oleh Abdul Razak Arshad. Didalam e-Book ini akan diterangkan rahsia 6 jenis herba yang boleh di jadikan sumber pendapatan yang amat lumayan....
Sekiranya kawan2 berminat untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah mendapatkan e-Book ini dengan klik banner dibawah...






Ok selamat membaca kepada semua....


wassalam












Herba, Rahsia Herba, Secret of Herb, Misai Kucing, Mas cotek, Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Pegaga, Herba Tradisional, Herba untuk Kesihatan, Teh Misai Kucing, Mengkudu, Teh Mengkudu

Segmen | Naikkan Trafik, Tambahkan Follower, Ramaikan Pembaca

Assalamualaikum w.b.t...

Ok kali ini yana nak join segmen dari Cik Purple...hehehhe

Rasenye dal lama yana tak update blog yana nie dgn entri yana...sbb sibuk kat sekolah...heheh kali nie ada masa yana update ape yang patut kat blog nie heheheh....

Klu kwn2 nak join segmen nie jom klik Banner Cik Purple kat bawah...


Ok Entri Terbaik Yana yang nak dikongsikan untuk semua ialah...MAS KAHWIN YANG HILANG
Ini Entri yang yana tulis setelah 2 bulan blog ini beroperasi heheheh.....Hope kwn2 sudilah membaca... dan ini pulak entri kat kembar blog yana nie....Cara Buat Origami Bunga.

Ok selamat membaca ye....

wassalam...

Wednesday, June 29, 2011

Usah Lagi Membazirkan Wang dan Membahayakan Kesihatan Anda Dengan Menjadi Perokok! Panduan Berhenti Merokok


Assalamualaikum semua...

Nampak tak banner kat atas...heheheh...

Banyakkan golongan dewasa dan remaja yang suka merokok....walaupun telah dikeluarkan kempen tak nak merokok tapi masih ada lagi yang merokok....baru-baru nie ada 5 buah tempat di Melaka di istihar sebagai Zon bebas rokok.

Melalui pelaksanaan Zon Bebas Rokok di lima lokasi tersebut, orang ramai yang didapati menghisap rokok di kawasan itu kecuali bangunan persendirian, boleh dikenakan kompaun minimum RM300 atau maksimum RM5,000 berkuat kuasa hari ini.

Selain Alor Gajah, empat lokasi lain yang diwartakan sebagai Zon Bebas Rokok ialah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Jasin, Melaka Raya dan Bandar Warisan Dunia seperti sekitar Bukit St. Paul yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja, bangunan Stadthuys, Kota A'Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka.

Jadi bagi yang ingin berhenti merokok, Kat banner di atas ada terdapat panduan berbentuk e-book yang boleh kawan-kawan dapati....




Disana akan diterangkan cara untuk berhenti merokok dalam masa tiga minggu....sekiranya kawan-kawan berminat untuk mengetahui nya boleh lah klik banner tersebut atau klik link ini Katakan Tak nak Pada rokok



Panduan Berhenti Merokok, E-book Panduan Berhenti Merokok, Berhenti merokok e-book, ebook panduan berhenti merokok, E-book berhenti merokok, Merokok meberhayakan kesihatan

Friday, May 27, 2011

Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris

Assalamualaikum semua....

Entri kali nie yana nak kongsikan Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris buat kawan-kawan semua....

Yana tahu ramai diantara kita takut bila berkomunikasi di dalam bahasa inggeris....

Alasan yang kita beri Takut Broken English.....heheheh

Dulu yana pun macam tu gak....itu lah yang yana paling takut bila tiba subject bahasa inggeris....

Tapi bila Guru yana memberi tahu...."Bila kita takut mencuba kita akan rugi....Tapi bila kita cuba walaupun salah kita tetap boleh memperbaiki nya....Tak Salah kita mencuba....

Dan sekarang berkat dari nasihat itu...yana berjaya menjadi seorang Guru Bahasa Inggeris.....Kerana mencuba yana berjaya....alhamdulilah...


Ha sekarang yana nak kongsikan sedikit tentang buku ini....
Dalam Buku ini Terdapat beberapa strategi yang diperlukan untuk menguasai BAHASA INGGERIS.
  • 3 strategi untuk menguasai bahasa Inggeris.
  • Persiapan-persiapan penting yang perlu dilakukan sebelum belajar bahasa Inggeris.
  • 3 tip mudah untuk memahami tulisan-tulisan berbahasa Inggeris.
  • 3 tip mudah bagaimana hendak menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super! 
  • Beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan anda terhadap perkataan yang anda hafal.
  • Panduan memilih kamus yang baik untuk menguasai bahasa Inggeris
  • 5 syarat untuk mahir BERKOMUNIKASI dalam bahasa Inggeris.
  • Teknik membina KEYAKINAN DIRI semasa ingin bercakap bahasa Inggeris.
  • Cara bagaimana anda boleh bercakap bahasa Inggeris secara spontan tanpa berfikir terlebih dahulu.
  • Ajaran-ajaran songsang guru-guru Bahasa Inggeris anda di sekolah dalam menguasai   KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS!
Jadi bagi kawan-kawan yang berminat boleh lah mendapatkan nya dilaman web ini....


Jadi selamat membaca....dan selamat berblog...heheheh

Rahsia Memikat Hati Seorang Lelaki.....Terbongkar....




Assalamualaikum kawan-kawan yana semua,

Hai, apa khabar kawan-kawan pada hari ini? Diharap semua tabah dan sabar menghadapi dugaan dan rintangan dalam kehidupan seharian. Jangan sedih-sedih dan sentiasa berfikiran positif selalu ya !

Oh ya, hari ini yana nak berkongsi sedikit maklumat bersama semua. Tahukah kawan-kawan semua apakah sifat-sifat wanita yang kurang digemari oleh golongan lelaki? Mungkin selama ini kita sebagai wanita kurang menyedari akan perkara-perkara yang kurang disenangi oleh mereka, tapi tak mengapa hari ini kita akan mengkaji dan renungkan bersama ya apakah rahsia hati seorang lelaki....

3 Sifat Wanita Yang Dibenci Lelaki. Sifat pertama ialah cemburu....

1) Cemburu

Hmm, bukankah cemburu itu tanda sayang kepada pasangan? Kalau tak cemburu langsung dikatakan tak ada perasaan pula. Tidak salah kalau ada sedikit perasaan cemburu namun ia haruslah berpada-pada. Cemburu berlebihan akan membuatkan lelaki berasa rimas kerana sedikit sebanyak menunjukkan bahawa anda tidak yakin terhadap kejujurannya. Jujur dan saling bertolak ansur itu merupakan elemen penting dalam sesebuah perhubungan ! So macam mana pandangan kawan- kawan semua.....adakah kawan-kawan cepat cemburu atau tak kisah je dengan ape yang orang tersayang buat...heheh...tapi pada diri yana...yana ada gak perasaan cemburu dengan insan tersayang...heheheh...biasalah lumrah duniakn...perasaan itu satu yang sukar diduga....tapi yang penting yana tahu orang yang yana sayang jujur pada diri nya...dan yana pun akan jujur pada diri yana....

Ok sifat kedua pula ialah Materialistik.....


2) Materialistik

Wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang, lelaki pula dikatakan suka kepada wanita kerana seks? Benarkah? Tepuk dada, tanya selera. Banyak sebab mengapa wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang. Pada wanita mereka mungkin inginkan pasangan yang stabil dari segi kewangan demi masa depan mereka. Wang tidak menjamin kebahagiaan 100 peratus namun tanpa wang, cinta boleh berantakan. Sebagai wanita moden masa kini, berdikari itu lebih nikmatnya daripada mengharapkan pasangan anda sahaja.

Sifat yang ketiga ialah suka mengongkong....

3) Suka mengongkong

Seperti wanita, lelaki juga perlukan masa untuk diri mereka sendiri, keluarga serta rakan-rakannya. Wanita yang suka berkepit 24 jam dengan pasangannya kadangkala merimaskan mereka. Tidak salah untuk mengetahui aktiviti pasangan anda namun sikap anda yang terlalu ‘mengambil berat’ bakal memakan diri sendiri.

Ha, kawan sudah tahu apa yang dibenci oleh kaum lelaki bukan? Jadi, apa tunggu lagi, kikis semua sifat yang negatif itu. Kemudian, serlahkan aura positif kawan kepadanya supaya si dia terpikat. tapi jang sampai berlakon pulak ye....yana ingat kn kepada kawan-kawan dalam hubungan kita perlu ikhlas....jangan dihadapan orang tersayang kita buat benda yang dia suka tp di belakang nya pula kita buat benda yang tidak dia sukai....jadi lah diri kawan-kawan sendiri jangan jadi diri orang ....jangan berubah kerana mahu nampak sempurna dihadapannya...kerana ia nya tak akan kekal lama......jadi bagi kawan-kawan yang ingin mengetahui ciri-ciri wanita yang disukai lelaki, anda semua boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui ebook Rahsia Hati ini. Pasti selepas ini, si dia terpegun dengan keperibadian anda yang menawan hati dan perasaannya!

Sekian, dari yana kita berjumpa lagi...selamat mencuba....

Saturday, May 14, 2011

TIP PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA MeDSI......BUAT BAKAL GURU

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

Hai kawan-kawan Yana pasti kawan-kawan sekalian pernah mendengar lagu ini berkumandang di radio dan televisionkan pada setiap tahun pada 16 Mei....hari ini adalah hari yang amat mengembirakan buat Guru Seluruh Malaysia....Jasa guru patut kita kenang kerana tanpa guru siapalah kita pada hari ini...

Hari ini Yana pun berasa gembira dapat bersama-sama anak murid yana meyambut hari Guru peringkat sekolah....Tahun ini masuk tahun kedua yana bergelar seorang Guru....walaupun rasa macam tak percaya....tapi itu lah hakikatnya....Yana bergelar Cikgu....cita-cita yana sedari kecil akhirnya tercapai jua....

Bila lagu ini berkumandang amat terkesan dihati yana...apa tidak nya lagu ini memberi maksud yang dalam kepada yana.....selama ini kita sebagai seorang pelajar memandang remeh apa yang di ajar oleh guru...tapi sekarang apabila kita yang berada di tempat guru kita....maka kita pula merasa apa yang telah bekas-bekas guru kita rasai...

Klu yana nak ceritakan mesti panjang je post yana nie nant....Jadi yana berbalik kepada tujuan asal yana....yana ingin mmemperkenal kan satu panduan untuk kawan-kawan yang ingin memjadi seorang guru seperti yana....Disini ada PANDUAN DPLI......

PANDUAN DPLI UNTUK BAKAL GURU


Dalam Panduan ini terdapat pelbagai modul yang boleh anda ikuti tip-tip yang diberi....Kalau dulu masa yana ingin menghadiri ujian untuk menjadi guru tidak ada sesiapa yang boleh bagi tip-tip berguna kepada yana....tapi sekarang yana ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang tip dan panduan yang boleh membantu kawan-kawan. Sekiranya kawan-kawan berminat boleh dapatkan nya dengan Klik Disini!!!!!

Jadi SELAMAT MENCUBA....KEPADA BAKAL GURU.....

KPLI 2009
DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA RAKAN-RAKAN YANA YANG TELAH BERGELAR GURU.....SERTA SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU YANG MENDIDIK YANA SEHINGGA YANA MENCAPAI CITA-CITA YANA BERGELAR SEORANG PENDIDIK KEPADA ANAK MURID YANA SEKARANG....DAN KEPADA RAKAN SEKERJA YANA SERTA RAKAN-RAKAN SATU MAKTAB YANA IAITU 
KPLI  JANUARI - 2009 MIRI SARAWAK....
SELAMAT HARI GURU.......
LOVE ALL OF YOU GUY.....

P/s Panduan DPLI ini boleh didapati di Galeri E-book.



Friday, April 29, 2011

Ketahui RAHSIA Mengapa Lelaki Gemuruh di Majlis Akad Nikah.......

di Majlis Akad Nikah & Cara Mengatasinya Serta Persiapan di Hari Bahagia Anda Sebelum Melayari Bahtera Rumahtangga Bersama Pasangan

Anda Tercinta!





Hai kawan-kawan berjumpa lagi....kali nie yana nak kongsikan bersama-sama tentang Rahsia Mudah Akad Nikah.....dalam post -post yang lepas yana ada menceritakan tentang persediaan yang dibuat untuk berkahwin....jadi ini dikira sebagai kesinambungan untuk post -post yana yang lepas....
Hmmm...mesti ramai yang ingin mengetahui rahsia mengapa pasangan lelaki gemuruh dimajlis akad nikah....Ha...ha...Bagi yang telah melalui pengalaman indah ini.....mesti masih teringat-ingat lagi kan saat indah yang telah dilalui...bertapa gemuruhnya pada saat tok kadi menghayunkan tangan....hehehhe....dan bagi yang belum mesti masih lagi mencari-cari cara bagaimana kawan-kawan boleh mengatasi masalah ini...

Rata-rata yang yana selalu dengar, mempelai lelaki kena akad sampai 2 kali, 3 kali, bahkan ada yang sampai 5, 6 kali akad baru sah.....Ha kawan-kawan....jangan main- main ini pernah berlaku dan yana sendiri pernah melihat majlis perkahwinan saudara-mara yana yang mempelai lelaki nya gemuruh sangat....sangat pada masa tu sampai berpeluh-peluh dahi nya...hehhehheh....Mengapa ini terjadi kawan? Adakah kawan-kawan rasa mereka nak peristiwa ini berlaku kepada mereka? Yana rasa sudah tentu mereka tidak mahukan...biasalah bila tengok tok kadi....bergetar lah lutut.....hehhehe....rasa macam tok kadi tu nak makan dieorang kot.....heheheh

Di sebabkan itu yana ingin berkongsi maklumat dengan kawan-kawan....mana lah tahu maklumat ini boleh membantu para mempelai lelaki mengatasi masalah darah gemuruh sewaktu majlis akad nikah...hehhehe , di sini ada E-book Rahsia Mudah Akad Nikah yang bongkarkan apa sebenarnya yang berlaku di dalam majlis akad nikah tersebut supaya kawan-kawan benar-benar dapat bersedia. 



Jangan hanya bersedia untuk kenduri kahwin sahaja, kawan-kawan juga harus bersedia untuk majlis akad nikah kawan-kawan sendiri. Jadi, dalam detik yang cukup penting ini, kawan-kawan sekalian terutamanya mempelai lelaki.... perlu melaksanakannya dengan penuh yakin, lancar dan harmoni tanpa perlu ada rasa cemas, gemuroh, takut, segan, malu dalam uapacara akad nikah kawan-kawan sendiri.....heheheh....

Okey..... Selamat Membaca dan Selamat Pengantin Baru.....

p/s   E-book juga boleh diperolehi di Galeri E-book

Monday, April 18, 2011

IKUTILAH RAHSIA MEMIKAT HATI LELAKI TERBONGKAR......








Perhatian kepada semua golongan WANITA yang..

MASIH LAGI TERCARI-CARI "LELAKI IDAMAN" DI DALAM HIDUP Anda?

Atau pun..

SUDAH JUMPA! TETAPI MALANGNYA, "MR. RIGHT" ANDA ITU, TIDAK MENYEDARI KEWUJUDAN ANDA?

USAH RISAU, KETAHUI RAHSIA MEMIKAT HATI LELAKI IDAMAN anda DISINI!!

Assalamualaikum kawan-kawan yana sekalian....

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa yana meletakkan perkataan diatas nie sebesar-besar mungkin....heheheh...klu boleh yana nak letak besar-besar lagi......tapi apa boleh buat ini dah cukup besar...heheheh....

Oh ya kawan-kawan masih ingat kan tentang review yana minggu lepas mengenai cara pengurusan kewangan bagi pasangan yang ingin berkahwin.... Haaa...hari ini yana nak kongsikan kan pula tentang rahsia memikat hati MR. RIGHT kawan-kawan....Kalau Mr.Right tak ada tak jadi gak majlis perkahwinan kawan-kawan...Betul tak? 

Jadi sebelum kawan-kawan sekalian buat planning nak kahwin....tup...tup tak ada lak orang yang akan duduk sebelah kat pelamin nanti....tak pasal-pasal pulak jadi macam lagu azie "pelamin angan ku musnah"...hehehe..... 

So, kawan-kawan apa tunggu lagi jom kita cari MR. Right kita...heheheh....Yana tahu sememangnya, bukanlah mudah untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar memenuhi semua kriteria idaman kita pada hari ini amat payahkan.....Hmmmmm... mahu tak lagi kriteria kita yang panjang nya berjela-jela....lagi lah payah....

Ada sesetengah kriteria lelaki tu, hensem, tetapi perangai agak kebudak-budakan. Tak sesuai pulak dengan kita.....Ada sesetengah tu pulak, macho dan sentiasa bergaya, ala...ala model lah kata kan...tetapi apabila keluar berjalan bersama dari petang sampai ke malam, tak pernah pula nampak dia singgah di surau atau masjid. Ini pun payah juga kan? Kita sebagai wanita nak lah yang boleh membimbing kita dunia akhirat...betul tak kawan-kawan.....(bagi yang lelaki jangan marah ye...yana hanya menyatakan pandangan yana sebagai perempuan).....


Haa...Mesti kawan-kawan tak nak main terima je semua tu bulat-bulat kan? Nak hidup bersama dan berumahtangga nie bukannya untuk sehari atau seminggu-dua, kalau boleh, mahu selama-lamanya. Jadi, kenalah pilih betul-betul , kalau tersilap pilih, boleh merana jiwa dan lara. 

Tetapi, masalahnya sekarang, disebabkan pilih punya pilih punya pilih, umur pun dah nak jejak kategori "andartu"....hai nie yang buat ke"panas"an telinga tak payah nak cakaplah.. asal balik kampung je, lebih-lebih lagi masa hari raya, mak ayah, sedara-mara, kawan-kawan, tak sudah-sudah bertanya.. "Bila nak kahwin?.. bila lak ko nie nak ada suami nie?.....bila lah ko nie nak nikah cu oiiii, opah teringin nak tgk cicit opah".. "Haishhh!" sampai macam tu sekali kita kena....

Hai..... memang panas gak gegendang telinga kita mendengar pertanyaan dari telinga kanan ke telinga kiri...heheheh...jawapan yang kita boleh beri " belum jodoh lagi opah...belum jumpa yang sesuai...belum ada yang sudi....belum sampai seru, tunggu lah seru nya sampai....." itu lah yang jadi jawapan dari mulut kita kan....mesti ada kawan-kawan yang pernah alami nasib macam nie....Yang buat lagi tak tahan, sampai makcik jiran kampung sebelah pun tumpang sekaki bertanya..hahahahha... kalau makcik sebelah rumah tu takperlah lagi.. ini kampung sebelah ni.. isk! isk! Malu....malunya....nak taruh kat mana ya muka....Klu ada topeng ultraman tu ....mahu- mahu kita pakai....heheheh

Ya lah kan kalau ikutkan hati kita.. esok juga kita nak kahwin? Tapi masalahnya.. sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi calon yang sesuai!. Sudah pupus ke "pria-pria terhebat" di dunia ini, cukuplah kalau dapat jumpa seorang lelaki yang kacak, baik hati, sopan-santun, beriman dan juga "kaya!"... he he!. (tak lepas tu untuk menjamin masa depan....heheheh) Tak pedulilah kalau orang nak kata "awak ni mata duitanlah..", apa yang pasti, ianya adalah salah satu faktor yang agak penting juga untuk memastikan kehidupan berumahtangga nanti lebih terjamin. Betul tak?   hahahah...mesti betul punya lah....tapi bagaimana cara nya ya untuk memikat pria- pria terhebat tu .... Hmmm...

Ya! Semua ini akan menjadi realiti apabila kawan-kawan tahu, bagaimana untuk memikat hati lelaki idaman anda....entah- entah yang satu office yang jadi suami....yang rumah sebelah ke yang jadi suami....yang kat tempat belajar ke yang jadi suami...atau pun yang selalu je tolong angkat barang yang jadi suami....heheheh.....semua tu bakal-bakal jodoh kita....

Jadi apa tunggu lagi kawan-kawan boleh lah merujuk dan mendapatkan e-book RAHSIA HATI ....ebook yang akan membongkarkan segala-galanya tentang hati lelaki. E-book ini akan menunjukkan kawan-kawan "Bagaimana mengenalpasti pasangan yang berpotensi untuk dijadikan pasangan hidup?", dan juga cara, "Bagaimana untuk menawan dan memenangi hati mereka dengan mudah?". E-BOOK ini juga boleh didapati di page  GALERI E-BOOK


Rahsia Hati



Jadi yana mengucapkan selamat mencuba......Semoga Kawan-kawan Berjumpa dengan MR. RIGHT....Amin....







Wednesday, April 13, 2011

Mas Kahwin Yang Hilang.....




Adakah wang menghalang perkahwinan anda?????.....Hmmmm...berfikir sejenak....yana pun berserabut gak nak pikir adakah ia menghalang untuk mendirikan masjid....adakah wang masalah utama....susah juga ya....nak menjawab pertanyaan ini....kawan-kawan ada jawapan tak?.....????.....hahahah...lupa lak yana nak bagi salam kat kawan-kawan semua....Assalamualaikum...ini lah padah nya isu kahwin punya pasal hehhehe...banyak juga ya yang perlu difikirkan.....bak kata orang tua2.....kahwin bukan mudah nak oiii....banyak belanja nya....tak kn nak bagi anak orang makan pasir dengan batu....hehehhe....itu lah ayat yang selalu kita dengar tak kira kita nie lelaki ataupun perempuan....tapi panas gak telinga mendengarnya kan...heheh...yana pun pernah dengar ayat yang sama....heheheh...tp masa tu, masa study lah itu pun pensyarah yang sebut sbb nak bagi nasihat kat anak- anak didik supaya belajar rajin2....klu tak anak bini nanti ada yang makan pasir n batu...heheh...sbb tak cukup duit nak buat belanja dapur....hehehh...



Ok tentu ramai sekarang yang tengah hangat dilamun cintakan....ehem....ehem....mesti dah banyak planning dan angan-angan yang kawan-kawan semua pikirkan bersama insan yang tersayangkan....mesti ada yang sudah tak sabar-sabar rasanya nak mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati pengarang jantung...hehehhe....tetapi ada pulang yang jadi penghalang.....opss....bukan orang ketiga ye....minta dijauhkan lah oleh allah.....tetapi yang jadi penghalang nya ialah kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini....apa tah lagi dengan masalah kegawatan ekonomi. Tambahan lagi mesti ada diantara rakan-rakan yang masih lagi menanggung pelbagai hutang....seperti kenderaan, kad kredit dan PTPTN.....al- maklum lah....bila mula kerja semua nya nak pakai duit....dapat kerja jauh....kereta kena ada....rumah sewa....bil elektrik dan air lg....semua nya perlu kita bayar....bila hujung bulan tinggal RM100 je...tu pun nak guna beli minyak kereta....akhirnya nak buat simpanan untuk perkahwinan pun dah tak ade....apa yang keluar dari mulut kite...."alahai...lah badan bila lah nak cukup duit kahwin aku nie".....heheheh....betulkan kawan-kawan...pasti keluhan tak cukup duit yang kita akan bebel kan....heheheh (dah selalu dah dengar....heheheh)


Bukan setakat tu je....ada lg yang akan memeningkan kepala.... bila bakal mak mertua pulak yang bertanya, "Bila nak masuk meminang nie?"....hahahha....pasti berasap telinga kawan-kawan kan asyik dengar ayat nie je yang sama diajukan berulang-ulang kali kepada kawan-kawan ....sebab dah sayang tahan je lah kan....hehehhe...mesti dalam hati kawan-kawan akan berkata-kata..."kalau ikutkan hati aku, sekarang juga aku nak kahwin....Tapi apakan daya....duit simpanan ku tak cukup lagi" huhuhuhu....itu mungkin ayat yang keluar dari hati kawan-kawan bila bakal mak mertua mula bertanya....heheheh...


Biasa lah belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah mencecah hingga RM10,000....hai...belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin....heheheh....tapi kawan-kawan jangan lah susah hati dan buat pinjam bank pulak utk wang perkahwinan....Sekarang ini ada loan untuk mendirikan rumahtangga tau....pernah gak dulu dengar kawan yana suggest kat sorang member nie....hheheh...tapi apa yang yana akan tunjukkan dengan kawan-kawan bukan nya buat pinjaman untuk kahwin ye....tapi cara mengatasi masalah wang yang tak cukup dengan cara yang betul. Cara yang yana maksudkan ialah menguasai ilmu menguruskan kewangan....sewaktu kawan-kawan masih bujang lagi. Ianya bukan sahaja akan dapat MENYELESAIKAN MASALAH TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN, tetapi ia JUGA MEMBANTU kawan-kawan  MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN LEBIH CEMERLANG SELEPAS BERUMAHTANGGA.....nanti.....






Sekiranya kawan-kawan berminat untuk mengetahui lebih lanjut kawan-kawan bolehlah mendapatkan E-book Mas Kahwin Yang Hilang. Dalam e-book ini akan menerangkan cara-cara bagaimana kawan-kawan boleh menguruskan kewangan dengan baik. Insyallah dengan berkat kesungguhan kawan-kawan untuk membina mahligai bahagia akan tercapai sekiranya masalah kewangan dapat diatasi dari awal-awal lagi....jadi telinga pun tak panas asyik dengar bakal mak mertua dan juga ibu bapa berleter....heheheh...amin...mudah-mudahan ya kawan-kawan sama-sama lah kita berdoa untuk kebahagiaan kita bersama....



Ok bagi memudah kan kawan-kawan yana ada sediakan juga link untuk e-book ini dekat page Galeri E-book yana. ini untuk memudahkan kawan-kawan mencari link ini nanti sekiranya sukar untuk mencari review ini dalam blog yana nie....k selamat Mendirikan Rumahtangga Bagi yang sudah bersedia dan kewangan yang cukup....bagi yang belum...marilah kita mempelajari cara yang betul untuk menyimpan wang...supaya kita pun dapat mencapai impian kita juag.....


Sunday, April 10, 2011

Tip Memelihara Kucing

Assalamualaikum kawan-kawan bertemu kita lagi.....hari ini saya nak kongsikan sedikit tip untuk memelihara kucing....dirumah saya ada 4 ekor kucing....semua nya ada nama timangan....dua ekor kucing yang besar nama nya Si kecik dan si ekor panjang....heheheh pelikkan nama nya....ramai gak orang bertanya kenapa nama nya si kecik dan si ekor panjang....hehehehe....kawan-kawan nak tahu sebab nya....mesti tertanya2 kn tak apa nanti dihujung review ini saya bagi tahu k....Dua ekor lagi anak kucing baru je 4 bulan...nama timangan nya Kiki dan Lala....macam brand baju kanak-kanak lah pulak...tp ianya sangat comel dan nakal...heheheh...

Hhaahah...nie gmbr hiasan je...kucing saya tiga warna...nie ada dua warna je...

Hahahah... disini saya ingin kongsikan tip serba sedikit tentang cara penjagaan kucing....pertama kita perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk kucing kita....macam kita juga perlukan rumah untuk berlindung. Kedua kita perlu sediakan tempat untuk meletakkan makanan dan minuman kucing kita tu....jangan adaikan makan dan minum nya....sebab kucing-kucing kita pun perlu untuk membesar dan sihat....ketiga selalu lah bermain-main dengan kucing-kucing kita kerana ini boleh mengeratkan hubungan kita. Jadi bila ianya berada diluar umah ianya akan tahu untuk balik kerumah tuan nya....kecuali kucing kita tu dicuri orang....minta2 jangan lah ye...sbb kalau kucing siam atau kucing parsi mahal harga nya....tp kucing saya nie kucing baka biasa je....tp sbb dah minat dengan kucing macam-macam kita akan buat untuk ia. heheheh...satu lagi selalulah  memanggil nama nya kerana kalau kita biasa memangil nama nya dia akan tahu itu suara kita. bila je dia dengar ianya akan datang terus kepada kita...heheheh....

Ok untuk maklumat lanjut cara dan panduan menjaga kucing kawan- kawan boleh lah dapatkan e-book ini kerana ianya amat berguna untuk orang yang minat memelihara kucing sebagai hobi....dalam e-book nie akan diterangkan cara dan tip-tip lengkap cara memelihara kucing supaya ianya sihat, ceria dan boleh mengembirakan hidup anda...heheheheh....

Ini dia panduan lengkap memelihara kucing KucingComel.com. Ataupun kawan-kawan boleh pergi ke page Galeri E-book. Disana yana dah sediakan link yang boleh kawan-kawan rujuk sekiranya kawan-kawan berminat untuk memiliki e-book ini.

ok seperti yang yana janjikan tadi...kenapa nama kucing yana yang dua ekor tu Si kecik dan Si ekor panjang...sbb si kecik tu ekor dan badan nya kecik je....dan si ekor panjang....ekor nya memang panjang klu yana sentuh je terus ianya mengigit tangan yana....Si ekor panjang tu garang sikit tak dpt nak sentuh langsung badan die ...kecuali di tidur br dapat sentuh tu pun sekejap....sbb bila yana sentuh terus die terbangun dan terus mengigit....hehheheh....

Saturday, April 9, 2011

Panduan Mendidik Anak


Hai kawan-kawan semua....berjumpa lg....ini ada sebuah ebook mengenai panduan memdidik anak. E-book ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui cara bagaimana untuk memdidik anak-anak.
seperti yang kita ketahui.....Anak-anak adalah merupakan salah satu anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu & Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak.

Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar, bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa mendidik & mencorakkan kehidupan anak mereka.

Bukan sahaja ibu bapa tapi para guru juga perlu tahu bagaimana mahu mendidik anak- anak murid kerana di sekolah anak-anak murid juga merupakan anak-anak kita. Mereka adalah pemimpin yang perlu kita didik dan jaga agar masa depan mereka cerah....

Jadi dalam e-book ini akan menerangkan serba sedikit tentang pekara yang perlu kita ketahui tentang anak-anak. Iaitu dari segi fizikal dan mental anak-anak, tentang keperibadian anak-anak dan banyak lagi yang mungkin boleh dijadikan tip-tip yang berguna untuk mendidik anak-anak.

Jadi bagi siapa yang berminat untuk mendapatkan e-book ini boleh lah klik link ini E-book Panduan Mendidik Anak. Anda boleh juga melawat ke page Galeri E-book.

Jadi selamat membaca.....

Wednesday, March 16, 2011

Info terbaru bagi yang ingin menternak IKAN TILAPIA !!!!!

Disini ada sebuah e-book mengenai cara  dan panduan asas menternak ikan tilapia.. di dalam e-book nie terdapat pelbagai cara dan panduan yang disediakan oleh penulis nya iaitu Encik Muhammad Zhafran.

Jadi, untuk memudahkan mereka yang ingin mula menceburi bidang ini, beliau telah mengambil inisiatif dengan membukukan semua ilmu dan pengalaman beliau di dalam memulakan projek penternakan ikan tilapia ini. Maka, terhasilah sebuah e-book berjudul "PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DI DALAM KOLAM TANAH".

Diharapkan, melalui e-book ini, ianya serba sedikit dapat membantu mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib di dalam bidang penternakan ini. Segala pengalaman dan ilmu-ilmu penternakan ikan tilapia , telah pun beliau susun mengikut bab di dalam ebook ini. Daripada bab pembinaan kolam, bab perolehan benih ikan hinggalah ke bab pemasaran. Semuanya telah beliau kumpulkan dan susun di dalam ebook ini.

Untuk mendapatkan e-book ini rakan-rakan boleh lah melihat pada page Galeri E-Book. Harga nya amat lah berpatutan. Lawati IkanTilapia.com





Ikan Tilapia,Ikan, E-book, E-book Ikan Tilapia, e-book Ikan Tilapia, Cari E-book Ikan Tilapia, E-book Cara menternak Ikan Tilapia

Monday, March 7, 2011

Panduan MUET






Assalamualaikum kawan-kawan sekalian seperti yang saya janjikan saya telah mengupdate info terbaru bagi para pelajar dan kawan-kawan yang berminat untuk memiliki Ebook mengenai Panduan untuk LULUS Cemerlang untuk Peperiksaan MUET terutamanya bagi para pelajar Tingkatan 6 dan para pelajar Universiti. Mungkin dengan panduan ini dapat membantu kawan-kawan untuk lulus Peperiksaan Muet.

Bagi sesiapa yang berminat boleh lah ke ruangan Galeri Ebook. Di sana anda boleh klik Panduan MUET. Anda boleh memilikinya dengan harga yang berpatutan.