Sunday, May 8, 2011

Info Terbaru....Perlu Baca bagi semua Blogger...yang mendaftar dengan NUFFNANG...



Hai kawan-kawan yana nak kongsi sikit info dari seorang kawan blog yana....Saudara Jamal tentang Click Fraud Notice From Nuffnang....Kawan-kawan boleh baca info ini dengan klik ....link post Saudara Jamal disini 


Jadi janganlah melakukan sesuatu seperti itu kerana mungkin ianya akan membuatkan kita sendiri yang rugi...ok berjumpa lagi ...selamat berblog....




Saturday, May 7, 2011

Terima Kasih Nuffnang....Rasa tak percaya...



Mula-mula tu tak tahu kenapa teringin sangat nak tgk web Nuffnang....Walaupun amat sibuk untuk uruskan hal-hal di sekolah....tapi diluang kan masa gak untuk buka web Nuffnang....rupa-rupa nya ada kejutan....saya mendapat income dari Nuffnang yang pertama....walaupun hanya dengan jumlah yang sedikit....tapi saya rasa gembira sangat akhirnya usaha saya berbaloi...

Buktinya saya dapat income pertama....

Syukur usaha selama ini berbaloi....Terima kasih Nuffnang...
Ini akan memberi lebih lagi semangat saya untuk terus berusahan dan setia bersama NUFFNANG.....Terima Kasih sekali lagi Nuffnang....

Friday, May 6, 2011

Kini Business Internet Sepantas 5 minit....Tak percaya....

EdyMart




Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Bertemu lagi kita disini. Untuk pengetahuan kawan2 saya ingin berkongsikan info yang berguna untuk kawan2 semua. Baru-baru nie saya mula berjinak-jinak serta menyertai Edy Marketing iaitu sebuah komuniti usahawan. Edy Marketing adalah satu komuniti yang melahirkan usahawan secara offline dan online. Visi Edy Marketing ialah untuk menwujudkan usahawan yang maju dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mula-mula saya amat ragu-ragu untuk menyertai Edy Marketing ini kerana kurang memahami konsep yang ditunjukkan oleh Team EdyMart . Jadi untuk mengetahui lebih lanjut saya memberanikan diri untuk bertanya sendiri kepada Pengurus EdyMart iaitu Encik Shamsurizam. Encik Shamsurizam menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana konsep Edy Marketing dijalankan. Dari situ saya mula memahami konsep prasarana perniagaan internet di Edy Marketing. Ia amat mudah bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. 


Seperti yang diterangkan oleh Encik Shamsurizam, EdyMart adalah singkatan dari Easy Do Your Marketing and Relationship Together. Di mana dalam Komuniti EdyMart para usahawan dapat berniaga secara offline dan online serta menjalinkan hubungan yang erat bersama-sama usahawan yang lain. Dengan kata lain, sambil berniaga kita dapat mengeratkan silaturahim sesama usahawan bagi bertukar-tukar pendapat dan juga pandangan untuk memajukan perniagaan kita bersama dalam Edy Marketing. 

Setelah saya menjadi ahli dalam Komuniti EdyMart, saya memberanikan diri untuk menjadi pengedar Edy Marketing. Sebelum menjadi pengedar Edy Marketing saya membaca lebih lanjut cara-cara menjadi pengedar. Ianya amat mudah, seorang pengedar tidak perlu menyimpan segala stok-stok produk. Tapi hanya mempromosikan produk kepada para pembeli secara offline ataupun online. Para pengedar boleh mempromosikan barangan yang terdapat di Edy Marketing di laman sosial seperti facebook, fanpage di facebook, email dan juga forum .Selain itu sebagai pengedar Edy Marketing, boleh juga menjalankan promosi secara offline kepada pembeli dan pemborong dikedai-kedai. 

Di Edy Marketing juga pengedar boleh menjalankan perniagaan secara dropship iaitu kita mempromosikan produk kepada potential buyer kita tanpa menyimpan produk tersebut, bila ada pembeli kita hanya mengambil tempahan dan pihak Edy Marketing akan menghantar tempahan tersebut kepada pembeli. Jadi kita tidak perlu risau tetang kos penghantaran. Perniagaan secara dropship ini amat mudah dan hanya perlu modal yang sedikit sebagai pengedar. Kini perniagaan secara dropship ini telah Team EdyMart terapkan ke dalam kedai online yang baru-baru ini dilancarkan oleh Encik Shamsurizam. Kedai online ini dikenali sabagai EdyCart dimana pengedar hanya mempromosikan link shopping cart mereka secara online dan offline. Di kedai online ini pembeli akan membuat tempahan dan pihak Edy Marketing akan menguruskan tempahan tersebut secara online.


Ianya amat mudahkan, tidak perlu stok barangan, tidak perlu risau tentang kos penghantaran, tetapi hanya memerlukan modal yang sedikit dan hanya perlu membuat promosi....promosi...dan terus promosi.....Pihak Edy Marketing juga ada menyediakan personal coaching mengenai perniagaan internet secara mudah kepada para pengedar. Selain itu ada juga forum di blog Komuniti EdyMart untuk para usahawan bertukar-tukar pandangan dan pendapat sesama sendiri.

Kini saya bersyukur sebagai pengedar Edymart, banyak yang saya pelajari untuk jadi seorang usahawan walaupun secara part time. Ilmu yang ada ini amat berguna untuk saya kongsikan bersama-sama kawan-kawan sekalian. Insyallah dengan usaha kita boleh berjaya bersama-sama kerana Edy Merketing adalah untuk kita bersama. Amin...

Friday, April 29, 2011

Ketahui RAHSIA Mengapa Lelaki Gemuruh di Majlis Akad Nikah.......

di Majlis Akad Nikah & Cara Mengatasinya Serta Persiapan di Hari Bahagia Anda Sebelum Melayari Bahtera Rumahtangga Bersama Pasangan

Anda Tercinta!





Hai kawan-kawan berjumpa lagi....kali nie yana nak kongsikan bersama-sama tentang Rahsia Mudah Akad Nikah.....dalam post -post yang lepas yana ada menceritakan tentang persediaan yang dibuat untuk berkahwin....jadi ini dikira sebagai kesinambungan untuk post -post yana yang lepas....
Hmmm...mesti ramai yang ingin mengetahui rahsia mengapa pasangan lelaki gemuruh dimajlis akad nikah....Ha...ha...Bagi yang telah melalui pengalaman indah ini.....mesti masih teringat-ingat lagi kan saat indah yang telah dilalui...bertapa gemuruhnya pada saat tok kadi menghayunkan tangan....hehehhe....dan bagi yang belum mesti masih lagi mencari-cari cara bagaimana kawan-kawan boleh mengatasi masalah ini...

Rata-rata yang yana selalu dengar, mempelai lelaki kena akad sampai 2 kali, 3 kali, bahkan ada yang sampai 5, 6 kali akad baru sah.....Ha kawan-kawan....jangan main- main ini pernah berlaku dan yana sendiri pernah melihat majlis perkahwinan saudara-mara yana yang mempelai lelaki nya gemuruh sangat....sangat pada masa tu sampai berpeluh-peluh dahi nya...hehhehheh....Mengapa ini terjadi kawan? Adakah kawan-kawan rasa mereka nak peristiwa ini berlaku kepada mereka? Yana rasa sudah tentu mereka tidak mahukan...biasalah bila tengok tok kadi....bergetar lah lutut.....hehhehe....rasa macam tok kadi tu nak makan dieorang kot.....heheheh

Di sebabkan itu yana ingin berkongsi maklumat dengan kawan-kawan....mana lah tahu maklumat ini boleh membantu para mempelai lelaki mengatasi masalah darah gemuruh sewaktu majlis akad nikah...hehhehe , di sini ada E-book Rahsia Mudah Akad Nikah yang bongkarkan apa sebenarnya yang berlaku di dalam majlis akad nikah tersebut supaya kawan-kawan benar-benar dapat bersedia. 



Jangan hanya bersedia untuk kenduri kahwin sahaja, kawan-kawan juga harus bersedia untuk majlis akad nikah kawan-kawan sendiri. Jadi, dalam detik yang cukup penting ini, kawan-kawan sekalian terutamanya mempelai lelaki.... perlu melaksanakannya dengan penuh yakin, lancar dan harmoni tanpa perlu ada rasa cemas, gemuroh, takut, segan, malu dalam uapacara akad nikah kawan-kawan sendiri.....heheheh....

Okey..... Selamat Membaca dan Selamat Pengantin Baru.....

p/s   E-book juga boleh diperolehi di Galeri E-book

Thursday, April 21, 2011

PTS GuRu sebagai Mentor....

Hai kawan-kawan semua...hari ini yana ingin berkongsi tentang sebuah buku....bagi kawan -kawan yang suka membaca.....mesti tertarik dengan tajuk buku ini...apatah lagi ada diantara kawan-kawan merupakan seorang Guru.....tajuk ini mungkin telah lama kawan-kawan cari....ok buku tersebut bertajuk Guru sebagai Mentor....hehheheh...


Ini pula serba sedikit maklumat tentang buku ini:
Tajuk : Guru Sebagai Mentor
Pengarang : Salhah Abdullah & Ainon Mohd
Penerbit : PTS Professional
Mukasurat : 264 Halaman


Ha....mesti kali ini ramai diantara kawan-kawan terimbau kembali zaman sekolah dulu-dulu kan..bila membaca tajuk buku itu......sempat tak kawan-kawan semua melalui zaman dimana....seorang guru akan menjadi mentor kepada beberapa orang murid....


Kalau terkena guru yang cantik dan hensem..ehem...ehem......mesti ramai yang mahu guru itu menjadi mentor kan....yana pun pernah melalui zaman tersebut....memang seronok kerana ada yang memberi perhatian serta tunjuk ajar pada kita.....heheheh....tapi yana tak lah dapat guru yang cantik dan hensem....hehhehe...tapi guru itu lah yang terbaik kerana sampai sekarang yana masih ingat apa yang diajar oleh mentor yana dulu....sehingga yana berjaya seperti sekarang.....

Sekarang yana pulak cuba nak mempraktik kan mentor dan mentee nie sebab itu yana mencari-cari buku yang boleh menjadi rujukan yana....nasib baik terjumpa buku ini....jadi yana pun kongsikan bersama kawan-kawan....mana lah tahu ada yang dah lama tercari-cari cara untuk mendidik dan mengajar anak-anak murid....heheh....

Dalam buku ini penulis nya ada menerangkan apa itu mentor???....Bagaimana ciri-ciri mentor yang efiktif dan cara menjalankan program mentor dan mentee....serta apa kah yang harus dilakukan oleh mentor dan peranan-peranan mentor kepada mentee nya...

Oh ya lupa pula...kawan-kawan boleh dapatkan buku ini dikedai-kedai....klu nak beli secara online pun boleh....kawan-kawan taip je tajuk puku nie....ia nya akan menbawa kawan-kawan kepada laman web Kedai-kedai buku Online.....

Jadi selamat membaca dan menambah ilmu....